BAGAIMANA YANG DI KATAKAN TAWADUK..
Selasa, 16 Mac 2010

TAWADHUK atau merendah diri satu perkataan yang tidak asing lagi bagi kita,tetapi ramai dikalangan kita yang menyalah tafsirkan sifat tawadhuk ini,tidak kurang pula yang buat-buat tawadhuk,dan ada pula yang menuduh seseorang itu sombong lantaran adanya sifat tawadhuk dalam dirinya,apakah yang di maksudkan dengan sifat tawadhuk ini??
Di dalam kitab As-Sirajul Munir ditakrifkan sifat tawadhuk ini dengan tidak memperdulikan kedudukan dan pangkat yang ada pada dirinya,tidak berkelakuan melebihi orang lain,dan tidak memandang sesuatu lebih buruk daripada dirinya. Di dalam Al-quran ALLAH S.W.T berfirman :-
تِلْكَ الدَّارُ الْاٰخِرَةُ نَجْعَلُهَا لِلَّذِیْنَ لَا یُرِیْدُوْنَ عُلُوًّا فِی الْاَرْضِ وَ لَا فَسَادًا و الْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِیْن
Yang bermaksud : Negeri akhirat itu kami jadikan untuk mereka yang tidak mahukan ketinggian dibumi dan tidak juga kerusakan,dan akibat yang baik itu ialah untuk orang- orang yang bertaqwa – (Surah Al-Qashas :83)
Di dalam sebuah hadith Rasulullah S.A.W pula bersabda :-
من تواضع رفعه الله ومن تكبر وضعه الله
Ertinya : Barangsiapa merendah diri kerana Allah S.W.T nescaya Allah mengangkatnya dan barangsiapa bertakabbur membesarkan diri nescaya Allah S.W.T merendahkannya..
Saudara dan saudariku sekalian apa gunanya jika kita dianggap hebat disisi manusia tetapi begitu hina disisi Allah S.W.T,berapa ramai manusia hari ini yang mengejar nama,pangkat dan kedudukan yang sanggup melakukan apa saja supaya dipandang tinggi di mata manusia tetapi keji disisi Allah S.W.T.Didalam kitab Ihya’ Ulumiddin karangan Imam Al-Ghazali ada menyebut “Barangsiapa yang bertawadhuk kerana Allah,diangkatnya oleh Allah dan barangsiapa yang membesarkan diri direndahkannya oleh Allah.Barangsiapa yang bersikap pertengahan nescaya akan dikayakan oleh Allah dan barangsiapa yang suka membazir dan berlebih-lebihan nescaya akan dipapakan oleh Allah” .
Bagaimana kita dapat mengetahui samada seseorang itu takabbur atau tawadhuk?Tanda-tandanya kadang-kadang ternyata pada lidahnya apabila ia berkata.”Aku lebih baik dan mulia dari si fulan”,dan kadang-kadang tenyata dengan sikapnya yang suka berlumba-lumba dalam mendapatkan sesuatu kerana ingin bermegah-megah..seperti mana kisah Iblis yang tidak mahu tunduk hormat kepada Nabi Adam a.s semata-mata kerana ianya dijadikan daripada api dan Nabi Adam dijadikan daripada tanah..
Di dalam kitab Majma’ul Bayan ada menceritakan suatu hari Rasulullah S.A.W masuk menemui Saiyidatina Fatimah r.a yang memakai Hillatul-Ibil iaitu pakaian bulu unta sedang duduk mengisar gandum serta menyusukan anaknya.,melihat keadaan puterinya itu mengalir air mata Baginda kerana kesedihan.Lalu Baginda pun bersabda”Wahai anakku,kepahitan di dunia mendahului kemanisan di akhirat”alangkah indahnya kata-kata Rasulullah S.A.W itu.
Saudara saudariku sekalian jadikanlah kata-kata Rasulullah S.A.W itu sebagai motivasi dan cara hidup keluarga Rasulullah S.A.W sebagai contoh kpd kita semua,kerana jika hendak dibandingkan keagungan Rasulullah S.A.W dengan kita maka jauh tidak terkira,tetapi Rasulullah S.A.W hanya hidup dalam keadaan sederhana.Dan janganlah kita mencontohi sifat Iblis kerana mahukan kemuliaan yang sementara dihina,dimurkai dan dilaknat oleh Allah S.W.T buat selama-lamanya.
Memang begitu sukar untuk meghindari sifat takabbur dan mendekati sifat tawadhu' dlm setiap percakapan dan tingkahlaku kita,tetapi marilah kita sama-sama berusaha kerana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud "Tidak masuk syurga orang yang dalam hatinya terdapat perasaan membesarkan diri seberat sebutir biji sawi."
Renung-renungkan dan selamat beramal..

0 ulasan:
Catat Ulasan