ADAKAH AKU BENAR-BENAR IKHLAS..
Selasa, 16 Mac 2010

IKHLAS...satu tajuk yang begitu luas perbincangannya,begitu dalam penafsirannya,dan begitu bimbang untuk kita mengakuinya,kerana ianya terletak ditempat yang begitu rahsia sehinggakan hanya sang pencipta mengetahui kebenarannya..
Para ulama Fiqh telah bersepakat mengatakan sekiranya sesorang itu berniat untuk melakukan kebaikan dan tidak dapat ditunaikannya disebabkan sesuatu masyaqqah atau keadaan tertentu,ia tetap diberi ganjaran pahala oleh ALLAH S.W.T..Dan pendapat yang lebih sahih ialah keazaman yang kuat dalam kita melakukan kebaikan dan juga keburukan akan menerima balasan,seperti mana maksud dalam sebuah hadith Rasulullah S.A.W "Apabila dua orang muslim bertarung dan saling menghunus pedang,yang terbunuh dan yang membunuh kedua-duanya masuk neraka.Lalu sahabat pun bertanya"ini adalah balasan bagi orang yang membunuh,tetapi bagaimana keadaan orang yang terbunuh?"Baginda menjawab:"kerana ia juga berazam untuk membunuh lawannya"Riwayat Imam Bukhari & Muslim..
Dunia hari ini memaparkan kepada kita,pelbagai ideologi dan pemikiran yang songsang dari ajaran Islam yang sebenar,tidak kurang pula ada sesetengah pihak yang sanggup menafsirkan hadith-hadith Rasulullah mengikut kemahuan dan keinginan masing-masing yang berkaitan dengan masalah keikhlasan ini,melihatkan sebuah hadith Rasulullah S.A.W yang bermaksud"Sesungguhnya ALLAH tidak melihat bentuk badan dan rupamu,tetapi melihat niat dan keiklasan dalam hatimu"Riwayat Imam Muslim.Maka ramailah yang gaya hidupnya meniru budaya Barat namun bila ditanya "Mengapa jadi begini?"..Mereka menjawab"Apa masalahnya?walaupun cara hidup kami begini tetapi yang penting hati kami ikhlas"..
Ketahuilah saudara/saudariku sekalian,sesungguhnya memanglah tempat niat dan ikhlas itu di dalam hati,tetapi ada beberapa tanda yang boleh diketahui samada seseorang itu benar-benar ikhlas ataupun tidak..
1) Bila ada perasaan takut menjadi popular
2) Mengakui bahawa diri mempunyai banyak kekurangan
3) Lebih cenderung untuk menyembunyikan amal kebajikan
4) Tiada masalah ditempatkan sebagai pemimpin atau prajurit
5) Mengutamakan keredhaan Allah daripada keredhaan manusia
6) Mencintai dan memarahi seseorang hanya kerana Allah
7) Bersabar terhadap panjangnya jalan perjuangan dakwah
8) Berasa gembira jika sahabat kita memiliki kelebihan
Ketahui juga saudara/saudariku sekalian dalam kita melakukan amal kebaikan ini terdapat dua syarat utama supaya ianya diterima oleh ALLAH S.W.T..
1) Niat kita mestilah ikhlas hanya kerana Allah S.W.T dalam melakukan perkara tersebut.
2) Pekerjaan yang kita lakukan itu mestila mengikut landasan syara'(cara yang telah diajar oleh Rasulullah S.A.W)
Dan diantara cara-cara untuk mendapatkan sifat IKHLAS ini ialah..
1) Mempelajari ilmu-ilmu yang bermanfaat(Al-Quran & As-Sunnah)
2) Mencari teman dikalangan orang yang soleh
3) Membaca sejarah hidup orang-orang yang soleh
4) Bersungguh-sungguh melawan hawa nafsu
5) Memohon pertolongan dari ALLAH dengan berdoa kepadanya
Oleh itu,marilah kita bermuhasabah kembali adakah amalan kita selama ini diterima oleh ALLAH S.WT???adakah benar bila lidah kita melafazkan perkataan ikhlas,hati kita merestuinya???Janganlah kita menjadi dikalangan orang-orang yang rugi di Akhirat kelak bila bertemu dengan ALLAH S.W.T...
Renung-renungkan dan selamat beramal...

0 ulasan:
Catat Ulasan