SETINGGI MANAKAH KESABARANKU..
Selasa, 16 Mac 2010

SABAR…satu perkataan yang begitu mudah diungkapkan oleh sesiapa sahaja,satu nasihat yang selalu menjadi penawar dikala kesedihan,namun jika sesuatu musibah atau ujian menimpa diri kita sendiri adakah kita mampu menjadi dikalangan orang yang sabar??
Di dalam ayat al-quran Allah S.W.T berfirman :-
وَ لَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَیْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَ الْجُوْعِ وَ نَقْصٍ مِّنَ الْاَمْوَالِ وَ الْاَنْفُسِ وَ الثَّمَرٰتِ وَ بَشِّرِ الصّٰبِرِیْنَۙ
Yang bermaksud :- Demi sesungguhnya kami akan menguji kamu dengan sikit perasaan takut dan kelaparan,dan kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman.Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar..(Surah Baqarah :ayat 155)
Dunia hari ini membenarkan lagi firman Allah S.W.T diatas tatkala kita melihat saudara seagama kita yang berada di negara-negara lain sentiasa hidup ketakutan dan kelaparan serta diuji oleh Allah S.W.T dengan kehilangan harta benda dan orang-orang tersayang,namun kita yang berada di Malaysia masih mampu tersenyum dan bersabar dengan perbuatan-perbuatan kejam kaum kafir terhadap saudara kita..
Didalam sebuah Hadith Rasulullah S.A.W membahagikan sabar itu kepada empat bahagian :-
1. Sabar mengerjakan segala yang difardukan iaitu sabar menanggung susah payahnya sehingga dapat menunaikannya dengan sempurna.
2. Sabar ditimpa bala iaitu sabar menanggung kepedihannya dan penderitaannya tanpa marah.
3. Sabar menghadapi perbuatan jahat manusia dengan tidak mengindahkannya tetapi mengambil mana yang baik daripadanya serta tidak berdendam kepadanya.
4. Sabar diatas kemiskinannya iaitu sabar menanggung kesempitan dan kesulitan hidup.
Dan didalam kita bersabar dimanakah sebenarnya tahap kesabaran kita?Marilah kita sama-sama mengetahui pula hal-hal keadaan atau darjat-darjat orang yang bersabar sepertimana yang terdapat didalam Syarah kitab Riadul Solihin :-
1. Sesungguhnya dia begitu marah atau benci dengan ujian yang menimpa dirinya sama ada dengan hatinya,lidahnya atau anggotanya.Golongan ini diharamkan oleh Allah S.W.T untuk mendapat pahala malah akan bertambah dosanya serta tidak akan berjaya dari musibah yang dihadapi.
2. Sesungguhnya dia benci dan tidak suka dengan ujian yang menimpa dirinya,tetapi dia masih mampu menahan hatinya,lidahnya atau anggotanya daripada melakukan sesuatu yang dimurkai oleh Allah S.W.T.
3. Sesungguhnya dia begitu redha dan berlapang dada dengan segala ujian yang menimpa atas dirinya seolah-olah tiada sesuatu pun yang berlaku keatasnya.
4. Sesungguhnya dia bersyukur dengan segala ujian yang menimpa keatasnya,seperti mana yang telah diajar oleh Rasulullah bila baginda melihat sesuatu yang tidak disukainya atau sesuatu bala maka Baginda menguncapkan (الحمد لله على كل حال )
Di dalam sebuah riwayat ada menceritakan Nabi Musa a.s pernah bertanya kepada Allah S.W.T,apakah yang paling afdhal didalam syurga?Allah menjawab : Wahai Musa ianya Hazhiratul Qudsi.Nabi Musa lalu bertanya siapakah yang mendiaminya?ALLAH menjawab : Mereka ialah orang-orang yang apabila aku timpakan bencana mereka bersabar menanggungnya.Apabila aku kurniakan mereka nikmat mereka akan bersyukur menerimanya,dan apabila aku menimpakan kecelakaan keatas mereka,mereka akan menguncapkan (innalillahi wa inna ilaihi raaji'uun).Wahai Musa mereka itulah yang akan mendiami Hazhiratul Qudsi.
Begitulah saudara/saudariku sekalian bukannya mudah untuk kita memperolehi sifat sabar ketika mana sesuatu ujian menimpa atau kita sedang marah,dan syurga Allah S.W.T bukannya murah..tetapi ingatlah..manusia yang hebat disisi Allah S.W.T ialah mereka yang mampu bersabar ketika api kemarahan sedang memuncak dan Allah akan memberi sebesar-besar ganjaran atas kesabaran kita..YA ALLAH JADIKANLAH KAMI DARI GOLONGAN HAMBA-HAMBAMU YANG SABAR…
Renung-renungkan dan selamat beramal...

0 ulasan:
Catat Ulasan